Putrajaya: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) memandang serius dakwaan warga Bangladesh masuk ke negara ini menggunakan pas pelajar sebelum menyalahgunakan status mereka dengan bekerja secara tidak sah.

Ia susulan tular di aplikasi Threads dakwaan seorang lelaki warga Bangladesh yang memiliki syarikat perabot di negara berkenaan menguruskan kemasukan rakan senegaranya ke Malaysia menggunakan pas pelajar sebelum bekerja secara haram.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Zakaria Shaaban berkata, pihaknya meminta individu yang mempunyai maklumat berkaitan kegiatan itu menyalurkannya kepada JIM.

"Jika ada maklumat, boleh salur kepada JIM untuk kita siasat dan ambil tindakan.