Kuala Lumpur: Keuntungan sebelum cukai Kumpulan AFFIN bagi tempoh sembilan bulan pertama berakhir 30 September 2026 susut 7.4 peratus kepada RM500.2 juta berbanding RM540.1 juta sebelumnya, berikutan tekanan ketidaktentuan geopolitik global, inflasi tenaga dan persekitaran kadar faedah tinggi yang terus mencabar prestasi industri perbankan.

Bagaimanapun, ia merekodkan lonjakan pendapatan bersih sebanyak 14 peratus kepada RM1.99 bilion bagi tempoh yang dikaji berbanding RM1.75 bilion tempoh sama tahun lalu.

Pertumbuhan positif kumpulan perbankan itu disokong pertumbuhan pendapatan faedah bersih serta fi dan komisen.

Kumpulan terus mencatatkan pertumbuhan perniagaan yang kukuh apabila keuntungan operasi meningkat 41.5 peratus kepada RM720 juta bagi tempoh sembilan bulan itu berbanding RM509 juta sebelum ini.