Kuala Lumpur: Ketua jurulatih skuad bawah 16 (B-16) tahun negara, Shukor Adan tidak mahu anak buahnya dibebani tekanan untuk memburu jaringan besar ketika berdepan Guam dalam aksi Kumpulan E, Kelayakan Piala Asia B-17 2027, esok.

Berdasarkan perkiraan, skuad negara dilihat harus merekodkan jaringan besar berdepan Guam di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur untuk terus mengintai peluang merebut tiket ke Piala Asia B-17 tahun depan.

Ia kerana jumlah jaringan mungkin akan menjadi perkara penting dalam menentukan kedudukan akhir peringkat kumpulan nanti seandainya berlaku beberapa pasukan terikat dengan jumlah mata sama.

Shukor bagaimanapun enggan anak buahnya terlalu memikirkan mengenai perkara itu, sebaliknya mahu mereka kekal tenang dan beraksi seperti biasa mengikut perancangan pasukan.