PARIS – Paris Saint-Germain (PSG) sudah memasang impian awal untuk menyamai rekod yang dilakukan Real Madrid dengan merangkul gelaran Liga Juara-Juara (UCL) buat kali ketiga berturut-turut, musim ini.

Keyakinan itu disuarakan tonggak tengah PSG, Fabian Ruiz yang percaya skuad gergasi Perancis tersebut memiliki kemampuan untuk terus menguasai pentas elit Eropah selepas bergelar juara dua musim berturut-turut.

Menurut Ruiz, PSG perlu memastikan mereka menamatkan fasa liga dalam kelompok lapan pasukan terbaik meskipun menyedari cabaran musim ini semakin sengit.

“Kami percaya kepada kemampuan sendiri seperti yang sudah ditunjukkan dalam beberapa musim kebelakangan ini. Kami tahu cabaran kali ini sangat sukar.