MELAKA: Penekanan kepada hubungan dengan masyarakat setempat, selain imej mudah didekati antara resipi dua calon PAS sehingga berjaya menumbangkan lawan yang memiliki nama besar pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Sabtu lalu.

Bukan setakat mencipta kejutan, malah kemenangan Muhammad Ridzuan Mohd Sarif dan Rafie Ahmad di Paya Rumput dengan majoriti besar melebihi 6,000 undi memperlihatkan kemampuan PAS mengatasi pengaruh dua pemimpin yang mempunyai kedudukan penting dalam Kerajaan Persekutuan.

Muhammad Ridzuan menang dengan majoriti 6,607 undi menewaskan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Melaka, Adly Zahari selaku Timbalan Menteri Pertahanan yang juga penyandang dua penggal di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Katil.