Penganalisis berkata PAS bertolak ansur kerana menyedari ia tiada pengaruh yang kuat di Melaka. (Gambar Bernama)PETALING JAYA: Kesediaan PAS bertolak ansur dalam rundingan kerusi dengan Barisan Nasional (BN) di Melaka adalah sebahagian strategi jangka panjang parti itu untuk mengembangkan pengaruh, menurut penganalisis.
Syaza Shukri.Syaza Shukri daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia berkata, PAS secara bersendirian berdepan kesukaran untuk membentuk kerajaan justeru kerjasama dengan BN membuka peluang kepadanya untuk menyertai kerajaan negeri.
"Strategi PAS lebih kepada kerjasama dengan BN, masuk kerajaan, buktikan keupayaan, dengan harapan suatu hari rakyat memilih PAS atas kekuatan sendiri," katanya kepada FMT.








