Dalam dunia politik moden yang penuh dengan kebanjiran maklumat, propaganda tidak lagi beroperasi dengan cara lama yang kasar, memaksa dan terang-terangan. Propaganda hari ini bergerak melalui bahasa, khususnya bahasa yang samar, berlapik, dan mengelirukan.

Menurut Jason Stanley, Profesor Falsafah di Yale University dan penulis buku How Propaganda Works (2015), propaganda moden berjaya bukan kerana ia mengelirukan, tetapi kerana ia menggunakan kebenaran yang difahamkan secara keliru. Bahasa propaganda menjadi alat untuk mengawal fikiran rakyat dengan cara yang lembut, hampir tidak dapat dikesan, namun sangat efektif dalam membentuk apa yang rakyat fikir benar.

Stanley menjelaskan propaganda moden berfungsi dengan cara menghalang wacana kritikal. Ia bukan sekadar menutup akses kepada maklumat, tetapi memanipulasi makna maklumat tersebut sehingga rakyat tidak dapat membuat penilaian rasional.