Bakal Senator Michigan Abdul El-Sayed secara terbuka tonjol identitinya sebagai Muslim sepanjang kempen pilihan raya, berulang kali menjadi sasaran serangan berkaitan agamanya. (Gambar EPA Images)ISTANBUL: Bakal Senator Amerika Syarikat (AS) Abdul El-Sayed menubuhkan sebuah jawatankuasa tindakan politik dinamakan 'Habibi PAC', beberapa hari selepas memenangi pilihan raya Senat, sekali gus memberi isyarat beliau berhasrat terus memainkan peranan penting dalam politik Parti Demokrat, lapor Anadolu Ajansi memetik The Hill.

Menurut dokumen difailkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya Persekutuan, ahli politik Demokrat dari Michigan itu menubuhkan jawatankuasa tindakan politik kepimpinan (PAC) yang berasingan daripada jentera kempennya dan bertujuan mengumpul dana bagi menyokong sekutu politiknya.