WASHINGTON: Bakal Senator Amerika Syarikat (AS), Abdul El-Sayed, menubuhkan sebuah jawatankuasa tindakan politik dinamakan 'Habibi PAC', beberapa hari selepas memenangi pilihan raya Senat itu pada Selasa lalu.

Ia sekali gus memberi isyarat bahawa beliau berhasrat terus memainkan peranan penting dalam politik Parti Demokrat selepas kempen pilihan rayanya berakhir, lapor Anadolu Ajansi memetik The Hill, semalam.

Berdasarkan dokumen difailkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya Persekutuan, ahli politik Demokrat dari Michigan itu menubuhkan jawatankuasa tindakan politik kepimpinan (PAC) yang berasingan daripada jentera kempennya dan bertujuan mengumpul dana bagi menyokong sekutu politik beliau.

Nama jawatankuasa itu diambil daripada perkataan Arab 'habibi' yang bermaksud 'kesayanganku', ungkapan yang menjadi popular sepanjang kempen El-Sayed, termasuk dalam kalangan penyokongnya.