Ab Rauf Yusoh berkata kejayaan paling bermakna bukan semata-mata pelaksanaan projek besar tetapi apabila masalah rakyat diselesaikan.ALOR GAJAH: Ketua Menteri Melaka Ab Rauf Yusoh berkata keputusan Pakatan Harapan (PH) menarik diri daripada pentadbiran negeri Julai lalu tidak dijangka atau dimintanya, selepas hampir tiga tahun bekerjasama dalam kerajaan diterajui Barisan Nasional (BN).
Pengerusi BN Melaka itu berkata, beliau memberi ruang kepada wakil PH menyertai pentadbiran negeri tanpa sebarang prasangka sejak dilantik sebagai ketua menteri pada Mac 2023.
“Sepanjang tempoh saya menjalankan urusan kerajaan, dasar dibuat tanpa prasangka.
“Tetapi mereka mengambil keputusan meletakkan jawatan daripada Kabinet, sesuatu yang tidak kita duga dan tidak kita minta perkara itu berlaku,” katanya dalam temu bual FMT.








