Setiausaha Agung DAP Loke Siew Fook berkata fokus parti itu kini beralih kepada persiapan menghadapi PRN Sarawak yang penamaan calonnya dijadualkan pada 28 Nov ini.KLUANG: DAP memberikan autonomi penuh kepada kepimpinan DAP Sarawak untuk menentukan jumlah kerusi, calon serta strategi parti pada PRN Sarawak akan datang.

Setiausaha Agung DAP Loke Siew Fook berkata selepas mengharungi PRN Melaka, fokus parti itu kini beralih kepada persiapan menghadapi pilihan raya di Bumi Kenyalang yang penamaan calonnya dijadualkan pada 28 Nov.

“Segala keputusan berkenaan dengan PRN Sarawak ditentukan oleh DAP Sarawak. Ini memang dari segi autonomi parti kita diberikan kepada DAP Sarawak untuk membuat keputusan dari segi bilangan kerusi, calon dan strategi,” katanya pada sidang media Konvensyen Tahunan Negeri DAP Johor 2026.