Pelajar Tingkatan 4 dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuching, hari ini, atas tiga pertuduhan berkaitan searangan terhadap guru. (Gambar Facebook)PETALING JAYA: Mahkamah memerintahkan pelajar lelaki berusia 16 tahun yang didakwa mencederakan guru sekolah menengah swasta menggunakan kapak pada 21 Okt lalu dihantar ke Hospital Sentosa, Kuching, selama sebulan bagi menjalani pemantauan mental mengikut Seksyen 342 Kanun Prosedur Jenayah.

Perintah itu dikeluarkan Majistret Leona Dominic Mojiliu selepas pelajar Tingkatan 4 itu dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuching, hari ini, atas tiga pertuduhan berkaitan kejadian tersebut.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan selepas ketiga-tiga pertuduhan dibacakan dan mahkamah menetapkan 17 Dis ini sebagai tarikh sebutan semula bagi pengurusan kes, lapor Harian Metro.