Ketua Polis Kuala Langat Mohd Akmalrizal Radzi berkata siasatan lanjut masih dijalankan termasuk mengambil keterangan beberapa saksi terdiri ahli keluarga mangsa. (Gambar Bernama)PETALING JAYA: Halusinasi akibat pengambilan dadah dipercayai menjadi punca seorang lelaki menjerut leher ibunya sehingga maut di sebuah rumah di Banting, Jumaat lalu.

Ketua Polis Kuala Langat, Mohd Akmalrizal Radzi, berkata suspek berusia lingkungan 20-an didapati positif dadah jenis methamphetamine menerusi ujian saringan air kencing.

“Punca kejadian dipercayai kerana halusinasi dadah,” katanya menurut Sinar Harian.

Beliau berkata, siasatan lanjut masih dijalankan termasuk mengambil keterangan beberapa saksi terdiri ahli keluarga mangsa.