BANTING - Halusinasi akibat pengambilan dadah dipercayai punca seorang lelaki bertindak menjerut leher ibunya sehingga maut di sebuah rumah di sini Jumaat lalu.Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintenden Mohd Akmalrizal Radzi berkata, ujian saringan air kencing mendapati suspek berusia lingkungan 20-an positif dadah methamphetamine."Punca kejadian dipercayai kerana halusinasi dadah."Siasatan lanjut dijalankan termasuk mengambil keterangan beberapa saksi termasuk ahli keluarga mangsa," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Isnin.Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan suspek direman tujuh hari sehingga 20 November untuk siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.Dalam kejadian pada Jumaat, Pusat Kawalan Daerah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Langat menerima maklumat berhubung kejadian itu daripada Pusat Panggilan Kecemasan MERS 999, kira-kira jam 1 petang.Pemeriksaan awal mendapati mangsa berusia 50-an dipercayai dibunuh dengan cara dijerut di bahagian leher sebelum polis menahan anak lelaki mangsa dipercayai mempunyai kaitan dengan kejadian berkenaan.Orang ramai yang melihat atau mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta tampil ke balai polis berhampiran atau menghubungi Bilik Gerakan IPD Kuala Langat di talian 03-3187 2222 bagi membantu siasatan.
Anak jerut ibu dipercayai kerana halusinasi dadah

Key takeaways
Seorang lelaki berusia 20-an didakwa menjerut leher ibunya sehingga mati akibat halusinasi akibat penggunaan methamphetamine. Polis menahan anak lelaki mangsa dan sedang menyiasat kejadian tersebut.
- Lelaki berusia 20-an positif methamphetamine dan didakwa menjerut leher ibunya.
- Mangsa berusia 50-an dibunuh dengan cara dijerut di leher.
- Polis menahan anak lelaki mangsa dan mengundang saksi untuk membantu siasatan.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Also reported by Free Malaysia Today
Story details
- Published
- By
- MUHAMMAD AFHAM RAMLI
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 5 sources, oldest first.
- Sinar Harian Anak jerut ibu dipercayai kerana halusinasi dadah (this story)
- Free Malaysia Today Halusinasi dadah dipercayai punca lelaki jerut ibu hingga mati









