KUALA LUMPUR: MediAsas bakal merombak sistem pembiayaan penjagaan kesihatan swasta dengan menangani faktor struktur yang mendorong peningkatan kos perubatan menerusi penambahbaikan reka bentuk insurans serta reformasi penjagaan kesihatan yang lebih menyeluruh, kata Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Aznan Abdul Aziz.
Beliau berkata, inisiatif yang dijadualkan diperkenalkan pada Januari 2027 itu bukan sekadar memperkenalkan satu lagi produk insurans perubatan, sebaliknya turut bertujuan meningkatkan kecekapan, ketelusan dan nilai dalam keseluruhan ekosistem penjagaan kesihatan.
"MediAsas memenuhi keperluan pasaran yang sekian lama belum dipenuhi, iaitu menyediakan insurans perubatan yang mampu milik dan mudah diakses.









