KUALA LUMPUR: Perejam skuad sepak takraw lelaki negara, Noraizat Nordin, selamat menjalani pembedahan kecederaan anterior cruciate ligament (ACL) dan meniskus, hari ini, sekali gus memulakan langkah pertama dalam perjalanan panjang untuk kembali ke gelanggang.
Pemain yang mesra disapa Ijat itu berkongsi perkembangan berkenaan menerusi Instagram selepas selesai menjalani pembedahan, selain meluahkan rasa syukur apabila segala urusan berjalan lancar.
"Alhamdulillah, segala urusan pembedahan ACL dan meniskus hari ini telah selesai. Satu perjalanan yang bukan mudah, tetapi saya percaya setiap ujian yang Allah hadirkan pasti ada hikmah di sebaliknya," katanya.
Noraizat turut mengakui bukan mudah untuk menerima ketentuan itu, terutama apabila beberapa perancangan dalam kariernya terpaksa berubah akibat kecederaan berkenaan.










%2Ffile%2Fpublisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97%2F2024%2F07%2Fae7abebc7e29e2c2a795dcaa178a31e1.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)