Kuala Lumpur: Pakar bedah Gaza, Dr Rizk Abu Shaaira, terbunuh selepas Israel melancarkan serangan udara ke atas jabatan pembedahan Kompleks Perubatan Nasser di Khan Younis, Gaza, pada 12 November lalu.
Malaysian Humanitarian Aid and Relief (MAHAR) dalam kenyataan memaklumkan, serangan itu mengorbankan enam individu termasuk seorang petugas kesihatan dan kanak-kanak lelaki berusia 13 tahun, selain mencederakan 27 yang lain.
Susulan serangan kejam itu, pihaknya mengecam, sekeras-kerasnya serangan berkenaan yang menyasarkan hospital tempat Dr Rizk berkhidmat menyelamatkan nyawa pesakit sepanjang perang di Gaza.
"Dr Rizk memilih untuk terus bertugas di Hospital Nasser sepanjang konflik, memberikan rawatan kepada pesakit yang tidak mempunyai tempat lain untuk mendapatkan bantuan perubatan.







%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2F34534534543345_304666.png&w=480&output=webp&q=85&we)
