KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengecam kejadian seorang anggota polis yang putus pergelangan tangan kanan selepas diserang seorang lelaki warga asing di Kepong, petang Rabu.Anwar berkata, sebarang bentuk jenayah dan keganasan, terutama terhadap anggota penguat kuasa yang menjalankan amanah melindungi keselamatan rakyat, tidak boleh diterima sama sekali."Tindakan tegas mesti diambil terhadap sebarang perbuatan jenayah tanpa mengira siapa pelakunya demi mempertahankan kedaulatan undang-undang serta menjamin keselamatan anggota penguat kuasa yang bertugas."Saya mendoakan agar anggota berkenaan segera diberi kesembuhan," kata beliau menerusi hantaran di Facebook, semalam.Terdahulu, Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, anggota polis yang putus pergelangan tangan kanan akibat diserang menggunakan parang itu kini dirawat di Hospital Kuala Lumpur dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil. - Awani
PM Anwar kecam insiden serangan terhadap anggota polis

Key takeaways
Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengecam serangan terhadap anggota polis yang putus pergelangan tangan di Kepong.
- Anwar mengecam jenayah dan keganasan terhadap anggota penguat kuasa.
- Beliau menyatakan tindakan tegas mesti diambil terhadap pelaku jenayah.
- Anwar mendoakan kesembuhan kepada anggota polis yang cedera.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Also reported by Utusan Malaysia , Kosmo
Story details
- Published
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 5 sources, oldest first.
- Malaysiakini (BM) Lelaki buat hantaran jelik terhadap PM dipenjara 3 bulan
- Utusan Malaysia Anwar kecam insiden serangan terhadap anggota polis
- Sinar Harian PM Anwar kecam insiden serangan terhadap anggota polis (this story)









