Masjid Tanah: Barisan Nasional (BN) memiliki peluang besar untuk memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.
Keyakinan itu dizahirkan Pengerusi BN Melaka, Datuk Seri Dr Ab Rauf Yusoh selepas mengambil kira perkembangan politik semasa yang dilihat memberi kelebihan kepada gabungan itu ketika berbaki 48 jam sebelum hari pengundian, Sabtu ini.
Beliau berkata, isu politik yang timbul mampu membantu meraih kepercayaan pengundi bagi BN terus mentadbir Melaka.
"Dalam berlaku sedikit kecelaruan politik di Putrajaya, dengan isu-isu semasa yang tidak sepatutnya berlaku dalam tempoh pilihan raya ini, memberikan kelebihan kepercayaan rakyat kepada Barisan Nasional untuk menerajui Melaka,"katanya ketika ditemui selepas Ceramah Kempen DUN Tanjung Bidara cawangan Bidara Palma di sini, malam tadi.










