PERLUMBAAN penamat musim Formula Satu (F1) di Qatar dan Abu Dhabi akan diteruskan mengikut jadual walaupun terdapat ketegangan di Asia Barat, kata Presiden Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA) Mohammed Ben Sulayem pada Selasa, lapor Anadolu Ajansi.Grand Prix Qatar dijadualkan berlangsung pada 29 November di Litar Antarabangsa Lusail, disusuli perlumbaan penutup tirai Abu Dhabi di Litar Yas Marina pada 6 Disember"Kami sudah bersedia untuk Qatar dan Abu Dhabi," tulis Ben Sulayem menerusi hantaran di Instagram."Kami bersedia sepenuhnya dan komited untuk menyajikan dua hujung minggu grand prix yang luar biasa serta penutup yang menakjubkan bagi Kejohanan Dunia Formula Satu."Kami tidak sabar untuk mengalu-alukan kedatangan pemandu, pasukan dan peminat ke dua litar ikonik ini bagi mengakhiri musim yang sukar dilupakan," katanya.Pengumuman itu dibuat susulan gangguan terhadap pusingan terdahulu berikutan tercetusnya perang antara AS-Israel dengan Iran. Grand Prix Arab Saudi telah dibatalkan, manakala pusingan Bahrain dipindahkan ke Malaysia.Ben Sulayem dalam satu temu bual berasingan bersama The National berkata badan induk berkenaan terus memantau perkembangan serantau bersama pihak berkuasa, pasukan dan pihak berkepentingan lain.Beliau berkata penilaian itu mengambil kira nasihat keselamatan, keadaan perjalanan serta keperluan operasi, dengan keselamatan para peserta kekal menjadi keutamaan FIA.Kedua-dua gelaran Juara Dunia Formula Satu telah pun dimuktamadkan. Pemandu Mercedes dari Itali, Kimi Antonelli, telah mengesahkan kejuaraan kategori pemandu, manakala Mercedes merangkul kejuaraan kategori pengeluar pada Grand Prix Sao Paulo hujung minggu lepas.Kejohanan seterusnya akan menuju ke Las Vegas bagi perlumbaan pada 21 November sebelum dua pusingan terakhir di Qatar dan Abu Dhabi. - Bernama
Perlumbaan F1 Qatar, Abu Dhabi diteruskan walaupun ketegangan serantau - Ketua FIA

Key takeaways
Perlumbaan F1 di Qatar dan Abu Dhabi akan diteruskan walaupun terdapat ketegangan di Asia Barat, menurut Presiden FIA.
- Perlumbaan F1 di Qatar dan Abu Dhabi akan diadakan mengikut jadual.
- Pengumuman dibuat selepas gangguan terhadap pusingan sebelumnya akibat ketegangan antara negara.
- FIA memastikan keselamatan peserta menjadi keutamaan utama.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 5 sources, oldest first.
- Harian Metro MotoGP tetap mahu GP Qatar diteruskan
- Free Malaysia Today Penguatkuasaan tegas JPJ perlu diteruskan walaupun menteri bertukar, kata Loke
- Sinar Harian Perlumbaan F1 Qatar, Abu Dhabi diteruskan walaupun ketegangan serantau - Ketua FIA (this story)









