Indian Wells: Elina Svitolina menghidupkan peluang mara ke separuh akhir WTA Finals selepas bangkit daripada ketinggalan satu set untuk menewaskan Karolina Muchova 3-6, 6-2, 6-2, hari ini.

Kemenangan itu cukup bermakna buat pemain veteran Ukraine berkenaan yang kembali beraksi dalam kejohanan penutup musim elit itu buat kali pertama sejak 2019.

Elina, yang pernah menjulang trofi WTA Finals pada 2018, bermula dengan langkah kurang meyakinkan apabila tiga kali kehilangan servis dalam set pertama kepada Karolina.

Bagaimanapun, pemain itu mula menemui rentak pada set kedua ketika ketinggalan 1-2 sebelum memenangi lima permainan berturut-turut untuk mengheret perlawanan ke set penentuan.