Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail dan Raja Perempuan Perlis, Tuanku Tengku Fauziah Almarhum Tengku Abdul Rashid berkenan menerima menghadap Pesuruhjaya Tinggi United Kingdom ke Malaysia, Ajay Sharma di Balai Menghadap Biru, Istana Arau, hari ini.
Key takeaways
Raja Perlis menerima Pesuruhjaya Tinggi United Kingdom, Ajay Sharma, di Istana Arau sempena lawatan kerja dua hari. Lawatan ini bertujuan meneroka peluang kerjasama dalam bidang perdagangan, pelaburan, pendidikan dan pembangunan ekonomi.
- Ajay Sharma mencadangkan agar syarikat British yang beroperasi di rantau ini meluaskan pelaburan mereka ke Perlis.
- Kepakaran semikonduktor di UniMAP dilihat membuka peluang kerjasama antara institusi pengajian tinggi dan industri di kedua-dua negara.
- Delegasi turut melawat SMK Datuk Sheikh Ahmad dan Universiti Islam Antarabangsa Tuanku Syed Sirajuddin (UniSIRAJ) di Arau.
Summarised automatically by AI from the original article by Utusan Malaysia. AI can make mistakes, so check the original for details.
PETALING JAYA: Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail dan Raja Perempuan Perlis, Tuanku Tengku Fauziah Almarhum Tengku Abdul Rashid berkenan menerima menghadap Pesuruhjaya Tinggi United Kingdom ke Malaysia, Ajay Sharma di Balai Menghadap Biru, Istana Arau, hari ini.
Menurut kenyataan, Ajay yang diiringi isterinya, Evren Sharma, berada di Perlis bagi lawatan kerja dua hari bermula semalam untuk meneroka peluang kerjasama dalam bidang perdagangan, pelaburan, pendidikan dan pembangunan ekonomi.
“Antara cadangan yang dikemukakan Ajay ialah menarik syarikat British yang sudah bertapak di rantau ini untuk meluaskan pelaburan mereka.
“Dalam aspek pelaburan, beliau mencadangkan agar Perlis turut meneroka potensi syarikat-syarikat British yang telah beroperasi di Malaysia dan negara jiran Thailand, khususnya di wilayah selatan negara itu, bagi menggalakkan peluasan operasi dan pelaburan mereka ke Malaysia,” katanya.