Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah ia perlu ambil kira keperluan masyarakat dan kemudahan asas, termasuk aspek keselamatan, keselesaan, kesihatan, pendidikan, perumahan serta persekitaran cekap dan kondusif.
Key takeaways
Raja Muda Perlis bertitah pembangunan negeri perlu sistematik dan seimbang, mengambil kira keperluan rakyat serta kelestarian alam sekitar. Baginda merasmikan Pelan Pembangunan Peneraju Perlis Progresif 2030 semasa sambutan Hari Perancangan Bandar Sedunia 2026 peringkat negeri.
- Tuanku Syed Faizuddin merasmikan Pelan Pembangunan Peneraju Perlis Progresif 2030 semalam.
- Baginda menekankan keperluan memperkukuh infrastruktur fizikal dan digital untuk semua rakyat.
- Pelan ini diharapkan menjadi panduan kerja cekap, bersepadu dan berorientasikan penyampaian.
- Setiap jabatan diingatkan untuk melaksanakan tanggungjawab dengan ketelusan dan integriti.
Summarised automatically by AI from the original article by Free Malaysia Today. AI can make mistakes, so check the original for details.
Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan merasmikan Pelan Pembangunan Peneraju Perlis Progresif 2030 dan sambutan Hari Perancangan Bandar Sedunia 2026 peringkat negeri di Kangar semalam. (Gambar Istana Arau)PETALING JAYA: Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail, bertitah kesejahteraan rakyat perlu menjadi keutamaan dalam setiap perancangan pembangunan negeri bagi memastikan Pelan Pembangunan Peneraju Perlis Progresif 2030 mencapai matlamatnya.
Baginda bertitah, perancangan itu perlu mengambil kira keperluan masyarakat dan kemudahan asas, termasuk aspek keselamatan, keselesaan, kesihatan, pendidikan, perumahan serta persekitaran yang cekap dan kondusif.