GUJARAT: Tiga kakitangan hutan kontrak digantung tugas selepas video memaparkan mereka mengejar seekor singa menggunakan motosikal di Taman Safari Ambardi di Gujarat, tular di media sosial.

Ketua Konservator Utama Hutan, Jaipal Singh berkata, pihaknya sudah memulakan siasatan berhubung kejadian itu.

“Kami sudah melancarkan siasatan terhadap insiden berkenaan. Beberapa kakitangan hutan sedang mengarahkan singa itu kembali ke kandangnya di taman safari pada waktu petang.

“Kebiasaannya, tugas rutin ini dilakukan menggunakan jip, namun beberapa kakitangan menggunakan motosikal,” katanya kepada agensi berita PTI pada Ahad.