IPOH: Slogan ‘Make Perak Great Again’ menjadi antara perhatian peserta yang hadir ke program Perak Economic Outlook 2027 yang bertujuan mengukur potensi ekonomi negeri ini.
Slogan itu dikaitkan dengan sejarah negeri Perak yang menjadi pengeluar bijih timah terbesar dunia sehingga berupaya menentukan nilai pasaran sumber bumi itu di Eropah.
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, sejak beberapa tahun lalu Perak telah memberanikan diri untuk menyaingi Pulau Pinang dan Selangor dari segi perindustrian.
Katanya, komitmen itu dilihat berada di landasan betul apabila Perak berjaya mencatatkan pertumbuhan 15.2 peratus pada tahun 2025 bagi sektor pembuatan iaitu tertinggi di Malaysia.








