GEORGE TOWN - Sebuah ambulans milik sebuah jabatan kerajaan terbakar di bahagian enjin ketika berada di laluan kecemasan Hospital Pulau Pinang di sini pada Isnin.Bagaimanapun, pemandu ambulans iaitu wanita berusia 32 tahun berjaya menyelamatkan diri dan tidak mengalami sebarang kecederaan dalam kejadian itu.Penolong Pengarah Bahagian Operasi dan Kebombaan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, John Sagun Francis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 1.09 tengah hari.Menurutnya, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Perak tiba di lokasi pada jam 1.17 petang, kira-kira lapan minit selepas menerima panggilan."Kebakaran melibatkan sebuah ambulans jenis Toyota Hiace milik sebuah jabatan kerajaan yang terbakar di bahagian enjin."Anggaran kemusnahan akibat kebakaran adalah sebanyak 20 peratus daripada keseluruhan kenderaan," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.Beliau berkata, kebakaran berjaya dipadamkan orang awam menggunakan alat pemadam api jenis serbuk kering sebelum ketibaan Pasukan Keluaran Operasi (PKO) di lokasi kejadian.Katanya, komander operasi kemudian melakukan penilaian awal kejadian dengan memakai kelengkapan perlindungan diri lengkap sebelum melaksanakan tindakan mengikut konsep RECEO."Pasukan bomba turut menjalankan kerja-kerja 'overhaul' bagi memastikan tiada lagi bahaya lain di lokasi kejadian."Operasi berjaya dikawal pada jam 1.27 petang sebelum ditamatkan sepenuhnya pada jam 2.49 petang," katanya.Tambahnya, operasi berkenaan melibatkan seramai lapan anggota termasuk penyelia dengan bantuan sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan sebuah Emergency Medical Rescue Services (EMRS)."Tiada mangsa dilaporkan cedera atau terkorban dalam kejadian itu dan pemandu ambulans terbabit disahkan selamat."Kes berkenaan kemudiannya diserahkan kepada Pasukan Penyiasatan Kebakaran (FIO) untuk tindakan lanjut," ujarnya.Dalam pada itu, Pusat Sehenti Pasca Insiden (PSPI) turut memberikan khidmat nasihat serta mendapatkan maklumat pemilik kenderaan selain bersedia membantu dan menjadi pemudah cara berdasarkan keperluan semasa.
Ambulans terbakar di laluan kecemasan Hospital Pulau Pinang

Key takeaways
Sebuah ambulans terbakar di laluan kecemasan Hospital Pulau Pinang pada Isnin. Pemandu ambulans selamat tanpa cedera.
- Ambulans milik jabatan kerajaan terbakar di bahagian enjin.
- Kebakaran dipadamkan oleh orang awam sebelum tiba pasukan bomba.
- Anggaran kemusnahan 20 peratus daripada keseluruhan kenderaan.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- SYAJARATULHUDA MOHD ROSLI
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
2 stories on this topic from 2 sources, oldest first.
- Utusan Malaysia Laluan Pulau Tawar ke Bukit Nikmat perlu dinaik taraf
- Sinar Harian Ambulans terbakar di laluan kecemasan Hospital Pulau Pinang (this story)







