KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim hadir ke Bukit Aman di sini pada Isnin bagi memberikan keterangan bagi membantu siasatan berhubung sajak karyanya bertajuk 'Patik Tak Rela'.Hassan tiba di Bukit Aman kira-kira jam 2.50 petang.Terdahulu Hassan dilaporkan berkata beliau dipanggil ke Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) pada jam 3 petang.Hassan memaklumkan akan disiasat di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.Pada Ahad, Hassan meluahkan rasa kecewa berhubung isu Datuk Seri Najib Razak menerusi sajak yang dimuat naik di Facebook miliknya.Menerusi sajak itu, Hassan yang juga seorang peguam mempersoalkan sama ada tindakannya menyuarakan bantahan terhadap perkara yang dianggapnya sebagai ketidakadilan boleh disifatkan sebagai derhaka.Beliau turut menyentuh prinsip keadilan yang perlu ditegakkan tanpa mengira kedudukan atau darjat seseorang, selain menyifatkan sikap berdiam diri terhadap ketidakadilan sebagai satu bentuk persubahatan.
Sajak ‘Patik Tak Rela’: Hassan Karim hadir rakam keterangan di Bukit Aman

Key takeaways
Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim hadir di Bukit Aman untuk memberikan keterangan terkait sajaknya 'Patik Tak Rela'.
- Hassan dipanggil untuk memberikan keterangan bagi siasatan berhubung sajaknya.
- Beliau akan disiasat di bawah Akta Hasutan 1948 dan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
- Hassan menyuarakan kekecewaan terhadap isu Datuk Seri Najib Razak dalam sajaknya.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Also reported by Malaysiakini (BM) , Kosmo
Story details
- Published
- By
- AHMAD ISMADI ISMAIL
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 5 sources, oldest first.
- Malaysiakini (BM) Dokumen cacat punca tahanan rumah Najib tertangguh - Hassan Karim
- Free Malaysia Today Hassan Karim disiasat Akta Hasutan susulan sajak ‘Patik Tak Rela’
- Malaysiakini (BM) Sajak ‘Patik Tak Rela’ - Hassan Karim diarah ke Bukit Aman
- Sinar Harian Sajak ‘Patik Tak Rela’: Hassan Karim hadir rakam keterangan di Bukit Aman (this story)









