KUCHING - Pelajar lelaki yang dipercayai menyerang seorang guru menggunakan kapak di sebuah sekolah swasta di sini pada bulan lalu dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuching pada Isnin atas tiga pertuduhan.Pesuruhjaya Polis Sarawak, Saifullizan Ishak berkata, pertuduhan terhadap remaja itu membabitkan kesalahan membawa senjata berbahaya, menyebabkan kecederaan dan memiliki bahan letupan."Pelajar berusia 16 tahun itu berdepan tiga pertuduhan iaitu di bawah Seksyen 7 Akta Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya 1958, Seksyen 324 Kanun Keseksaan serta Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957."Dia hadir bersama ibu bapanya dan diwakili peguam. Tiada pengakuan direkodkan," katanya dalam kenyataan pada Isnin.Menurutnya, mahkamah turut membenarkan permohonan supaya remaja berkenaan menjalani pemeriksaan kesihatan mental di Hospital Sentosa, Kuching, mengikut peruntukan Seksyen 342 Kanun Tatacara Jenayah."Mahkamah kemudian menetapkan 17 Disember depan sebagai tarikh sebutan semula kes," katanya.Dalam pada itu, Saifullizan berkata, Polis Kontinjen Sarawak menghormati proses perundangan yang sedang berjalan dan menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan prosiding mahkamah.
Pelajar serang guru di sekolah berdepan tiga pertuduhan

Key takeaways
Seorang pelajar lelaki berusia 16 tahun dihadapkan ke mahkamah atas tiga pertuduhan terlibat dalam serangan terhadap guru menggunakan kapak.
- Pelajar itu dituduh membawa senjata berbahaya, menyebabkan kecederaan dan memiliki bahan letupan.
- Mahkamah membenarkan pemeriksaan kesihatan mental remaja tersebut di Hospital Sentosa.
- Tarikh sebutan semula kes ditetapkan pada 17 Disember.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- ASYIKIN ASMIN
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 5 sources, oldest first.
- Free Malaysia Today Serang seksual pelajar, hukuman penjara guru dinaikkan 3 kali ganda
- Free Malaysia Today Pelajar serang guru guna kapak dihantar ke hospital untuk pemantauan mental
- Sinar Harian Pelajar serang guru di sekolah berdepan tiga pertuduhan (this story)









