ALOR SETAR: Kerajaan negeri disaran mengemukakan empat cadangan penambahbaikan kepada Kerajaan Persekutuan bagi membela nasib pesawah, khususnya berkaitan kos diesel, pengagihan subsidi input pertanian, harga beras dan penyelenggaraan sistem saliran.

Mohd Ashraf Mustaqim Badrul Munir (PN-Kota Siputeh), berkata cadangan itu dikemukakan hasil perbincangan bersama wakil pesawah yang berdepan pelbagai masalah dalam mengusahakan tanaman padi.

Beliau berkata, isu pertama membabitkan pelaksanaan kad diesel bersubsidi atau Fleet Card kepada pengusaha jentera pertanian bagi mengurangkan peningkatan kos pembajakan dan penuaian.

Katanya, pada Mei 2026, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) memaklumkan cadangan menyediakan kemudahan itu kepada kira-kira 17,000 penyedia perkhidmatan jentera pertanian dengan anggaran peruntukan RM200 juta.