PETALING JAYA – Proton merekodkan jumlah eksport melebihi 10,000 unit dalam tempoh lebih 10 bulan pertama tahun ini, sekali gus meletakkan syarikat automotif nasional itu pada landasan tepat untuk mencatatkan peningkatan eksport lebih dua kali ganda berbanding 2025.

Pencapaian itu hadir ketika Proton mencatatkan jumlah pengeluaran bulanan tertingginya dalam tempoh 24 tahun apabila sebanyak 23,006 unit kenderaan dihasilkan di kilangnya di Tanjung Malim pada Oktober lalu.

Kejayaan tersebut mencerminkan peningkatan keupayaan pembuatan dan kecekapan operasi syarikat dalam memenuhi permintaan yang semakin meningkat, khususnya susulan pelancaran beberapa model baharu di pasaran domestik dan antarabangsa.