PETALING JAYA – Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) mengesahkan tiada pertubuhan berdaftar atas nama De Norsemen Kclub International (DNKI) susulan isu status kumpulan itu yang menjadi persoalan orang ramai ketika ini.

JPPM dalam satu kenyataan berkata, pihaknya sedang menjalankan siasatan berhubung aktiviti yang dikaitkan dengan kumpulan dianggotai warga Nigeria itu selepas gambar dan video perjumpaan mereka tular di media sosial.

Menurut kenyataan itu, semakan rekod jabatan mendapati tiada pertubuhan berdaftar menggunakan nama De Norsemen Kclub International.

“JPPM akan bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan agensi berkaitan bagi memastikan perkara ini disiasat secara menyeluruh.