GOPENG – Empat beranak terselamat apabila rumah mereka dihempap pokok rambutan dan manggis yang menyebabkan dapur mereka ranap dalam kejadian di Kampung Kota Bharu di sini semalam.
Syed Abdul Halim Syed Hussain, 52, berkata, kejadian tersebut berlaku ketika hujan lebat.
“Mujur semasa kejadian, saya , isteri dan dua orang anak tiada di rumah kerana bekerja jika tidak tahulah apa nasib kami.
“Angin kencang dan hujan setiap hari. Risau juga mujur rumah pusaka peninggalan keluarga tinggi dan sekiranya banjir kilat berlaku hanya tandas serta bilik air yang terjejas,” katanya di sini hari ini.









