am@hmetro.com.my

Sepang: Pelakon dan model Indonesia, Samudera Hurley Taylor didenda RM2,300 oleh Mahkamah Majistret di sini, baru-baru ini atas pertuduhan memasukkan dadah ke dalam badan, Julai lalu.

Majistret Khairatul Animah Jelani menjatuhkan hukuman denda itu selepas ujian patologi mendapati sampel yang diambil positif dadah jenis 11-nor-delta-9-tetrahydrocannabinol-9-carboxylic acid.

Dalam prosiding pada 9 September lalu, mahkamah turut memerintahkan Samudera, 24, menjalani hukuman penjara selama empat bulan, sekiranya gagal membayar denda berkenaan.

Pada Julai lalu, Samudera mengaku bersalah atas pertuduhan mengambil dadah berkenaan untuk kegunaan sendiri.