MELAKA: Kehadiran bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Batu, Datuk Norhizam Hassan Baktee, pada majlis pengumuman calon BERSATU di Klebang di sini, malam ini mencetus spekulasi beliau bakal kembali mencabar kerusi pernah dimenanginya itu.

Kehadiran Norhizam yang lebih dikenali 'YB Beliau' itu dikaitkan kemungkinan dicalonkan semula di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Batu, kawasan yang pernah diwakilinya selepas memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) atas tiket DAP.

Bagaimanapun, Norhizam memilih untuk tidak mendedahkan kerusi bakal ditandinginya, sebaliknya meminta media menunggu pengumuman rasmi Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

"Sekarang ini saya tak boleh cakap kerusi mana, tunggulah kejap lagi presiden parti akan buat pengumuman, tunggu ya," katanya ringkas ketika ditemui media.