KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Rang Undang-Undang (RUU) berkaitan antirent-seeking atau konsep 'Ali Baba dijadualkan dibentang di Parlimen tahun depan.Menteri Ekonomi, Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata, ketika ini kajian bagi menyediakan kerangka kawal selia sedang dilaksanakan.Menurutnya, pindaan perundangan itu dibuat bagi membanteras amalan yang boleh menjejaskan kecekapan pasaran, mewujudkan persaingan tidak adil serta membantutkan pertumbuhan produktiviti negara. "Kajian Kementerian Ekonomi mendapati terdapat Undang-undang Kecil (UUK) sedia ada di peringkat PBT yang terkait dengan aktiviti Ali Baba khususnya berkaitan dengan larangan pemindahan lesendi peringkat pihak berkuasa tempatan (PBT). "Walaubagaimanapun, terdapat kekangan dalam undang-undang sedia ada yang dilihat tidak mampu membendung amalan rent-seeking."Kajian yang sama juga menunjukkan isu rent-seeking berupaya menjejaskan kecekapan sosio ekonomi negara disebabkan ketirisan di dalam pemberian lesen, kontrak, kemudahan dan sebagainya," katanya di Dewan Rakyat di sini pada Rabu.Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Syahredzan Johan (PH-Bangi) mengenai status perkembangan terkini bagi penggubalan rang undang-undang berkaitan antirent-seeking.Mengulas lanjut, Akmal Nasrullah berkata, daripada segi skop, cadangan kawal selia rent-seeking akan merangkumi pembangunan dasar, strategi dan inisiatif yang lebih komprehensif bagi menangani amalan tersebut secara berkesan.Jelasnya, antara pendekatan yang sedang diteliti ialah penggubalan undang-undang baharu khusus berkaitan anti rent-seeking atau pindaan kepada peruntukan undang-undang sedia ada berkaitan.Katanya, perkara tersebut bergantung pada hasil kajian dan proses penyelarasan antara pihak berkepentingan.
Kementerian Ekonomi bentang RUU banteras amalan ‘Ali Baba’ tahun depan

Key points
- KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Rang Undang-Undang (RUU) berkaitan antirent-seeking atau konsep 'Ali Baba dijadualkan dibentang di Parlimen tahun depan.
- Menteri Ekonomi, Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata, ketika ini kajian bagi menyediakan kerangka kawal selia sedang dilaksanakan.
- Mengulas lanjut, Akmal Nasrullah berkata, daripada segi skop, cadangan kawal selia rent-seeking akan merangkumi pembangunan dasar, strategi dan inisiatif yang lebih komprehensif bagi menangani amalan tersebut secara berkesan.
Sentences selected automatically from the original article by Sinar Harian.
Story details
- Published
- By
- NURUL HUDA HUSAIN
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 5 sources, oldest first.
- Free Malaysia Today PAS digesa bentang pelan ekonomi negara menjelang Belanjawan 2027
- Utusan Malaysia Kerajaan akan bentang RUU E-Dagang, lindungi pengusaha tempatan
- Sinar Harian Kementerian Ekonomi bentang RUU banteras amalan ‘Ali Baba’ tahun depan (this story)








