PETALING JAYA – Tenaga Nasional Berhad (TNB) menzahirkan rasa simpati terhadap tiga remaja lelaki yang cedera akibat terkena renjatan elektrik ketika menyertai perarakan keagamaan di Mergong, Alor Setar malam tadi.

Dalam satu kenyataan, TNB memaklumkan kejadian dipercayai berlaku apabila tiang bendera yang dibawa semasa perarakan menghampiri talian penghantaran elektrik voltan tinggi sehingga mencetuskan percikan arka elektrik.

Menurut kenyataan itu, TNB mendoakan agar semua mangsa yang sedang menerima rawatan diberikan kesembuhan segera.

“TNB akan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa bagi membantu siasatan lanjut,” katanya.