Taylor’s College telah mengumumkan Cikgu Muhammad Hafizu Aiman Jusoh dari Sekolah Kebangsaan (SK) Pulat, Kelantan sebagai penerima RISE Educator Award 2026.

Penghargaan itu diberikan atas usaha beliau memastikan murid Orang Asli Temiar terus mendapat pendidikan, walaupun komuniti mereka berdepan perubahan besar akibat penempatan semula.

Cikgu Hafizu membawa pulang RM5,000 sebagai penerima anugerah, manakala SK Pulat menerima geran RM50,000 untuk menyokong inisiatif pembangunan sekolah yang memberi manfaat kepada murid dan komuniti.

Majlis penyampaian anugerah itu telah disempurnakan oleh Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek yang menekankan bahawa setiap kanak-kanak perlu diberikan peluang untuk terus belajar dan berkembang, tanpa mengira latar belakang.