PUTRAJAYA – Kerajaan sedang memperhalusi cadangan memperkenalkan rejim pelesenan terhadap pengendali platform e-dagang, termasuk yang beroperasi dari luar negara tetapi menawarkan perkhidmatan kepada pengguna di Malaysia, menerusi penggubalan Rang Undang-Undang (RUU) e-Dagang.Menerusi kenyataan, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, cadangan kawal selia itu bertujuan memperkukuh akauntabiliti platform, memastikan pematuhan terhadap undang-undang negara serta mewujudkan ekosistem e-dagang yang lebih selamat, telus dan bertanggungjawab."Langkah ini bertujuan memperkukuh akauntabiliti platform, memastikan pematuhan terhadap undang-undang negara serta mewujudkan ekosistem e-dagang yang lebih selamat, telus dan bertanggungjawab," katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu bagi Penggubalan RUU e-Dagang, di sini pada Rabu.Menurut Armizan, cadangan kawal selia berkenaan akan diperhalusi dengan mengambil kira bidang kuasa kementerian dan agensi berkaitan serta keperluan pelaksanaan yang bersesuaian.Beliau berkata, penggubalan RUU e-Dagang itu turut memberi penekanan kepada perlindungan kepentingan peniaga tempatan supaya mereka dapat bersaing secara adil dalam pasaran digital."Kerajaan mahu memastikan semua pihak, termasuk platform dan penjual dari luar negara, tertakluk kepada tahap tanggungjawab dan pematuhan yang sewajarnya," katanya.RUU berkenaan turut memberi tumpuan kepada perlindungan pengguna daripada amalan perdagangan tidak adil, penetapan tanggungjawab pengendali platform dan penjual dalam talian serta penyediaan mekanisme penyelesaian pertikaian yang lebih pantas, mudah dan kos efektif.Armizan berkata, penggubalan RUU itu bertujuan mewujudkan kerangka perundangan yang lebih komprehensif, seiring perkembangan pesat ekonomi digital serta cabaran transaksi dalam talian yang semakin kompleks.
Kerajaan perhalusi lesen wajib platform e-dagang termasuk dari luar negara

Key takeaways
Kerajaan sedang mempertimbangkan pemberian lesen kepada platform e-dagang, termasuk yang dari luar negara, melalui RUU e-Dagang.
- RUU e-Dagang bertujuan memperkukuh tanggungjawab dan pematuhan platform e-dagang.
- Kerajaan ingin melindungi peniaga tempatan dan pengguna daripada amalan tidak adil.
- RUU ini akan memperkemaskan kerangka perundangan untuk ekonomi digital yang semakin kompleks.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- TUAN BUQHAIRAH TUAN MUHAMAD ADNAN
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 3 sources, oldest first.
- Utusan Malaysia PARLIMEN: KUSKOP teliti potongan kredit iklan platform e-dagang
- Utusan Malaysia Kerajaan akan bentang RUU E-Dagang, lindungi pengusaha tempatan
- Sinar Harian Kerajaan perhalusi lesen wajib platform e-dagang termasuk dari luar negara (this story)









