Kuala Kangsar: Pelaksanaan gaji bulanan permulaan minimum RM2,500 untuk graduan dan pekerja separa mahir seperti yang diumumkan dalam Belanjawan 2027, akan diperincikan dalam pekeliling rasmi terlebih dahulu sebelum dikuatkuasakan sepenuhnya.
Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA), Datuk Seri Dr Ahmad Jailani Muhamed Yunus berkata. sebarang penambahbaikan berhubung kadar gaji penjawat awam menuntut tatacara serta kaedah pelaksanaan yang jelas dan terperinci.
Menurutnya, pengumuman berkenaan disambut baik kerana memberi manfaat serta nilai tambah yang sangat positif kepada penjawat awam. namun aspek teknikal seperti tempoh pelaksanaan, kelayakan dan mekanisme pemberian perlu diperincikan mengikut garis panduan ditetapkan.









