KUALA LUMPUR: Seorang pengurus klinik menempuh pengalaman unik yang mungkin sukar diulangi apabila melihat jumlah RM1 bilion di dalam baki akaun perbankan digital dalam talian miliknya.

​Kejadian itu mula tular selepas Wan Muhammad Fairus, 33, memuat naik tangkap layar memaparkan angka 10 digit dalam aplikasi perbankan dalam talian miliknya sambil berkongsi pengalaman terbabit dengan warganet.

​"Waktu itu saya dalam bilik tidur sedang mahu membuat transaksi, tidak silap duit dalam akaun cuma ada bawah RM1,000 sahaja. Bila buka dan tekan ikon sembunyikan baki, saya terkejut tengok ada jumlah yang terlalu banyak macam itu.

​"Saya memang terkejut! Tangan saya pun menggeletar pegang telefon. Saya cuba log keluar dan masuk balik, duit itu masih ada.