KUALA LUMPUR: Mah Sing Group Bhd menerusi anak syarikat milik penuhnya, Garden Vista Development Sdn Bhd (GVDSB), memeterai lembaran terma kerjasama dengan Kinergy Advancement Bhd bagi meneroka penyelesaian infrastruktur tenaga untuk pembangunan pusat data di Bangi, Selangor dan Pasir Gudang, Johor.
Kerjasama itu bertujuan menyediakan khidmat nasihat teknikal serta menilai potensi pembangunan loji janakuasa khusus (CPP) dan bekalan tenaga menerusi Skim Pembekalan Tenaga Boleh Baharu Korporat (CRESS).
Ia menggabungkan kepakaran pembangunan dan perancangan tapaknya dengan pengalaman Kinergy dalam penjanaan tenaga, kejuruteraan, perolehan, pembinaan dan pentauliahan (EPCC), serta penyelesaian tenaga boleh baharu dan mampan.






