Kuala Lumpur: Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) mencadangkan penubuhan Tabung Bencana dan Kawalan Penyakit Sektor Agrikomoditi sebagai antara inisiatif utama Belanjawan 2027 bagi membantu mengurangkan kerugian pekebun kecil akibat bencana alam, serangan perosak dan penyakit tanaman.
Menurut KPK, tabung tersebut akan memperkukuhkan keupayaan kerajaan untuk bertindak dengan lebih cepat dan tersusun terhadap bencana yang menjejaskan tanaman, khususnya sawit, getah dan lada.
Kementerian itu memaklumkan bahawa dalam konteks sektor agrikomoditi, ketika ini tiada skim perlindungan pendapatan diperkenalkan kepada pekebun kecil yang terjejas akibat fenomena El Nino.
"Pelaksanaan program dan perancangan masa hadapan merupakan usaha berterusan yang dilaksanakan kementerian ini untuk membantu pekebun kecil menghadapi pelbagai cabaran yang boleh menjejaskan pendapatan, termasuk turun naik harga komoditi, kos input, kemerosotan produktiviti dan penyakit tanaman.








