KUALA LUMPUR: Polis menahan tiga lelaki tempatan yang disyaki terbabit dalam kes curi motosikal di sekitar daerah Dang Wangi, di sini sekali gus membantu menyelesaikan tiga kes lain di kawasan berkenaan.
Ketiga-tiga suspek berusia antara 23 hingga 32 tahun itu ditahan di sekitar Jalan Dang Wangi dan daerah Kajang, semalam.
Tangkapan itu, hasil siasatan polis terhadap kes kehilangan sebuah motosikal jenis Honda RS150, yang diletakkan di Jalan Bukit Bintang, pada 26 September lalu.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Ahmad Azwan Amin Nordin, berkata pihaknya menerima laporan berhubung kehilangan motosikal berkenaan pada jam 2.11 pagi, 29 September lalu.









