Kuala Lumpur: Polis tahan tiga lelaki tempatan yang disyaki terbabit dalam kes curi motosikal di sekitar daerah Dang Wangi, di sini, sekali gus membantu menyelesaikan tiga kes lain di kawasan berkenaan.

Ketiga lelaki berusia antara 23 hingga 32 tahun itu ditahan di sekitar Jalan Dang Wangi dan Kajang semalam.

Ia adalah susulan dan hasil siasatan polis terhadap kes kehilangan sebuah motosikal jenis Honda RS150 yang parkir di Jalan Bukit Bintang, di sini, pada 26 September lalu.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Ahmad Azwan Amin Nordin berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kehilangan motosikal berkenaan pada 2.11 pagi 29 September lalu.