Parti-parti politik di negara ini hampir setiap masa berpolitik, sekurang-kurangnya pemimpin akan bercakap mengenai isu politik dan mengatur percaturan parti meski pun tanpa pilihan raya. Sebab itu kebanyakan parti tempatan ini memerlukan nyawa yang datang daripada sokongan ahli dan penyokong bagi mengekalkan keberadaan dalam politik.

Satu lagi talian hayat parti politik adalah sumber kewangan bagi membolehkan bergerak, dan bersaing dalam pentas politik, tetapi tidak semua parti memperoleh dana yang besar apatah lagi jumlah keahliannya kecil.

Maka, apa akan berlaku kepada parti politik yang tidak menerima dana untuk beroperasi?

Kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said baru-baru ini bahawa kerajaan mempertimbangkan cadangan melarang parti politik daripada menerima sebarang dana dari luar negara, termasuk disalurkan menerusi pihak ketiga di bawah Rang Undang-Undang (RUU) Pembiayaan Politik mungkin akan memberi