KUALA LUMPUR: Selepas terhenti sejak Disember 2022, projek Residensi Hektar Gombak (Residensi Wilayah) kini hampir siap dengan kemajuan pembinaan mencapai 92.67 peratus dan dijangka disiapkan sepenuhnya pada suku pertama tahun depan.
Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Aiman Athirah Sabu berkata, projek berkenaan yang disambung semula pada 21 September 2025 turut mencatatkan perkembangan positif apabila kerja pembinaan mendahului jadual asal sebanyak 18 hari.
Beliau berkata, perkembangan itu memberi keyakinan bahawa projek berkenaan mampu disiapkan mengikut sasaran sebelum diserahkan kepada pembeli pada suku kedua 2027.
“Kita berpuas hati dengan perkembangan projek ini yang kini sudah berada 18 hari lebih awal daripada jadual perancangan.








