Mumbai: Bintang Bollywood, Shah Rukh Khan genap 61 tahun pada 2 November.
Beliau terus mengukuhkan kedudukannya sebagai antara pelakon terkaya dunia apabila kekayaannya dianggarkan mencecah 10,000 crore rupee (kira-kira RM4.28 bilion).
Anggaran itu berdasarkan Senarai Individu Terkaya Hurun India 2026, sekali gus meletakkan pelakon berusia 61 tahun itu sebagai pelakon terkaya di India.
Kekayaan pelakon yang turut dikenali sebagai King Khan dan Badshah of Bollywood itu bukan hanya bersandarkan pendapatan lakonan, sebaliknya turut disumbangkan pelbagai sumber termasuk tawaran menjadi duta jenama, syarikat produksi serta pelaburan dalam bidang sukan.









