Kuala Lumpur: Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, hari ini mempersoalkan kegagalan kerajaan mendedahkan hasil siasatan awal berhubung kegiatan mafia korporat walaupun perkara itu pernah diumumkan pada Februari lalu.
Wakil rakyat itu berkata, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada minggu lalu sekali lagi berjanji bahawa siasatan telus dan bebas akan dilaksanakan di bawah pimpinan Peguam Negara Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar, selain memberi jaminan tiada pihak akan terlepas daripada tindakan, termasuk mereka yang berada di kedudukan tertinggi.
Beliau berkata, janji sama pernah dibuat pada Februari lalu susulan pendedahan berhubung skandal saham yang kemudian berkembang kepada isu mafia korporat.









