SHAH ALAM - Siasatan berhubung dakwaan mafia korporat berisiko menjadi separuh masak sekiranya tidak merangkumi pegawai penguat kuasa yang disyaki bersekongkol dalam kegiatan tersebut.Bekas Ahli Parlimen Subang, Wong Chen berkata, siasatan perlu meliputi semua pihak yang disyaki terlibat termasuk pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan bukan hanya individu yang didakwa menjadi dalang atau mendapat manfaat daripada kegiatan itu."Kalau mahu siasatan lengkap, bukan sahaja dalang di belakang atau pihak kewangan yang terlibat perlu disiasat, tetapi pegawai penguat kuasa yang disyaki bersekongkol juga perlu disiasat."Kalau tidak, siasatan itu separuh masak," katanya.Beliau berkata demikian ketika mengulas tindakan Polis Diraja Malaysia (PDRM) membeku dan menyita aset bernilai kira-kira RM409.21 juta menerusi Op Viking susulan laporan Bloomberg mengenai dakwaan kewujudan mafia korporat di Malaysia.Mengulas lanjut, Wong Chen berkata, beliau menyambut baik tindakan itu namun mempersoalkan skop siasatan susulan kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail bahawa tiada pegawai SPRM terlibat atau dikenali pasti perlu membantu siasatan berdasarkan latar belakang dan identiti individu yang dipanggil memberi keterangan.Katanya, kemungkinan penglibatan pegawai penguat kuasa perlu diteliti bagi memastikan siasatan tidak tertumpu kepada pihak tertentu, sedangkan kemungkinan penglibatan pihak lain tidak disiasat.Sehubungan itu, beliau menegaskan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) perlu diteruskan bagi memastikan siasatan berhubung dakwaan mafia korporat dijalankan secara bebas."Mesti diteruskan RCI. Kalau siasatan dalaman, mereka sudah banyak kali buat siasatan dalam pelbagai perkara, tetapi hasilnya tidak didedahkan," katanya.Sementara itu, Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim berkata, jawatankuasa ditubuhkan atas inisiatif Kabinet bagi menyiasat amalan mafia korporat merupakan langkah awal yang baik, namun masih tidak mencukupi meskipun akaun telah dibekukan dan siasatan dijalankan.Justeru, beliau berpandangan RCI diperlukan bagi menyiasat gejala mafia korporat itu yang turut memberi kesan kepada ekonomi negara termasuk Bursa Malaysia dan dakwaan penglibatan agensi penguat kuasa seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)."Integriti pasaran saham Malaysia di Bursa Saham mesti dipelihara bagi meyakinkan pelabur asing dan pelabur tempatan."Jika gejala wujudnya mafia korporat ini tidak ditangani di peringkat awal lagi, maka akhirnya tiada pelabur yang percaya kepada pasaran saham dan Bursa Saham Malaysia."Jika itu berlaku, ekonomi Malaysia yang terbuka ini akan runtuh dan Malaysia akan menjadi banana republic," katanya.Beliau berkata, isu mafia korporat itu telah menjejaskan imej Kerajaan Madani dan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.Menurutnya, tuntutan pelbagai pihak termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan ahli Parlimen supaya bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki disiasat