PERSAINGAN dalam kalangan parti membentuk Kerajaan Perpaduan, khususnya bagi mendepani Pilihan Raya Negeri (PRN) serta isu pengampunan bersyarat bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mula mencetuskan polemik politik berterusan.
Ia menjadi topik perdebatan umum bukan sahaja dalam kalangan pemimpin, tapi penyokong parti yang secara langsung memberi gambaran sudah mula wujud ketidakserasian, sekali gus keretakan sesama parti dalam kerajaan sendiri.
Keputusan Barisan Nasional (BN) untuk membentuk persefahaman, diikuti kerjasama dengan Perikatan Nasional (PN) sejak PRN Johor dan Negeri Sembilan, seterusnya di PRN Melaka ketika ini, membangkitkan rasa kurang senang dan tidak selesa dalam kalangan pemimpin Pakatan Harapan (PH) sendiri.









%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2Fmahfuzz_573851.jpeg&w=480&output=webp&q=85&we)
